~ Iklan-Iklan ~

Monday, 9 January 2012

Program Pertukaran Belia Antarabangsa 2012


Salam Tahun Baru 2012 kepada semua...


Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sedang membuka satu peluang untuk para belia rebut sekiranya berminat untuk menyertai PROGRAM PERTUKARAN BELIA ANTARABANGSA 2012.
Nippon Maru
Nippon Maru was built by Mitsubishi Heavy Industries, Kobe, in 1990.
She is 21903 gross tons. 166.6 metres long, and carries 607 passengers and 326 crew.
Her speed is 18 knots. Nippon Maru runs both short and long cruises for the Japanese market.
Fuji Maru vs Nippon Maru
Above -  Nippon Maru
Below - 
Fuji Maru

MISI
Belia-belia Malaysia menjelang tahun 2020 akan mampu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai perkembangan serantau sementara proses integrasi dan interaksi secara global akan mampu menjana patriotisme dan jati diri mereka ke arah melahirkan bangsa dan negara yang kuat pada masa hadapan


VISI
Unt uk memberi pendedahan dan menguatkan keupayaan belia-belia di Malaysia terhadap pengetahuan mengenai manusia dan perkembangan dunia luar melalui proses intrensi, asimilasi dan integrasi agar mereka mampu menonjolkan identiti serta menjadikan Malaysia sebagai satu bangsa dan sebuah negara yang dihormati di peringkat antarabangsa.


Program-program antarabangsa yang dikelolakan oleh Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara telah mula dilaksanakan sejak awal tahun 1970an lagi.
South East Asian Youth Programme
(1) Japan (2) Malaysia (3) Brunei Darussalam (3) Indonesia (4) Thailand
(5) Cambodia (6) Laos (7) Filipine (8) Singapore
PERTUKARAN BELIA ANTARABANGSA DUA HALA (BI - LATERAL)
Pertukaran Belia ini melibatkan penganjuran program secara bergilirgilir sama ada dalam tahun yang sama mahupun berturut-turut tahun. Melibatkan jumlah peserta di antara 15 - 20 orang dan jangka masa selama 7 - 10 hari bagi setiap kali lawatan. Objektif menganjurkan program ini ialah untuk meningkatkan persefahaman dan kerjasama jangka panjang di kalangan belia - belia yang terlibat di samping mewujudkan jaringan kerjasama antarabangsa yang lebih luas.


Sehingga kini terdapat empat program pertukaran dua hala yang masih aktif dilaksanakan setiap tahun dengan negara-negara seperti berikut:-
1. Program Pertukaran Belia Malaysia - Korea (Malaysia - Korea Youth Exchange Programme)
2. Program Pertukaran Belia Malaysia - Fukuoka City Hall Jepun (Flight Friendship Programme)
3. Perkhemahan Belia Malaysia - Singapura (Malaysia Singapore Youth Camp)
4. Program Pertukaran Belia Malaysia - Indonesia (Malaysia-Indonesia Youth Exchange)


PERTUKARAN BELIA ANTARABANGSA PELBAGAI HALA (MULTI - LATERAL)
Program per tukaran pelbagai hala ataupun multi-lateral adalah pertukaran yang melibatkan beberapa buah negara di dalam satu program yang sama. Antara program yang sangat popular di kalangan belia masa kini ialah Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun.
1. Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun.
2. Korea - Asean Future Oriented Youth Programme.
3. Program Pertukaran Belia Secara Undangan (Invitation)
...dan pelbagai program lain lagi..

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PENYERTAAN.
Syarat-syarat permohonan berdasarkan kepada  :-
1. Syarat Wajib          
i.   Umur 18 hingga 30 tahun pada 1 April .
ii.  Mewakli pertubuhan belia atau IPT ( Sekretariat Rakan Muda ).
2. Boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.
3. Berbakat dan kreatif dalam bidang keseniaan dan sukan.
4. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai duta kecil.
5. Kewibawaan dan kepimpinan.
6. Mempunyai jati diri dan taat kepada perintah agama.
7. Tidak mementingkan diri dan sanggup membantu orang lain.
8. Bersedia untuk bekerja lebih masa.
9. Wajib menghadiri semua kursus yang disediakan.
10.Pengetahuan am yang luas terutama mengenai persatuan belia.

TAHAP PENILAIAN PESERTA.
Peserta pula diwajibkan melalui beberapa tahap penilaian seperti di bawah:-
i. Menghadiri temuduga di peringkat Jabatan Belia dan Sukan Negeri masing-masing.
ii. Menghadiri kem pemilihan peserta selama 3 hari.
iii. Menyertai Pre Depature Training (PDT) 1 selama 3 hari.
iv. Menyertai program sebenar.
v. Menghadiri penilaian 1 hari.
Malaysian Participating Youth (MaPY) for SSEAYP 2009
Tarikh tutup pada 19 Januari 2012 dan pastikan borang permohonan dihantar terus ke:
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rompin
d/a: Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin
Kampung Pantai Bernas
26800 Kuala Rompin; ATAU
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan
Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.kbs.gov.my/dokumen/dokumen2010/belia/antarabangsa.pdf

dan untuk mendapatkan borang penyertaan, sila klik
http://www.kbs.gov.my/dokumen2011/Borang%20Permohonan%20Program%20Pertukaran%20Belia%20Antarabangsa%202012.pdf

No comments:

Post a Comment