Tarikh : 19 Januari 2012 (Rabu)
Masa : 12.30 tengahari
Tempat : Puteri Inn, Kuala Rompin
Perasmi : YB. Kapt. (B) Dato' Haji Johari bin Haji Hussin
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Tioman
Aturcara
11.30 pagi : Ketibaan Pemain-Pemain Futsal Lelaki dan Wanita Rompin
12.00 tgh : Ketibaan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin
12.15 tgh : Ketibaan ADUN Kawasan Tioman
: Aluan Pengerusi Majlis
: Ucapan Oleh Puan Rozita binti Barudin
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin
: Ucapan dan Perasmian Oleh YB. Kapt. (B) Dato' Haji Johari bin Haji Hussin
YB. ADUN Kawasan Tioman
: Majlis Penyerahan Jersey dan Pakaian Pasukan kepada semua pemain
: Penyampaian Cenderamata kepada YB. ADUN Kawasan Tioman
: Bacaan Doa dan Pelepasan oleh YB. Kapt. (B) Dato' Haji Johari bin Haji Hussin
: Pasukan Futsal Rompin bertolak ke Putrajaya untuk ke Kejohanan Futsal 1Malaysia (Parlimen)
2012 Peringkat Kebangsaan di Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rompin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB. TYT. Ahli Parlimen Rompin, YB. ADUN Kawasan Tioman, Pengerusi dan Jawatankuasa Persatuan Bolasepak Daerah Rompin ( Encik Azwady bin Abu Bakar dan Encik Zamani bin Kamal) atas segala sumbangan bakti dan sokongan padu kepada pengurusan Kejohanan Futsal 1Malaysia Peringkat Daerah, Grandfinal dan Kebangsaan 2012.
PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH ROMPIN mengambil inisiatif untuk membangunkan blog bagi memperkenalkan jabatan ini,perkhidmatan serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh jabatan. Melalui blog ini kita percaya golongan belia-belia akan mengetahui program dan aktiviti terkini yang disediakan oleh JBS Negeri Pahang dengan kewujudan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan.
~ Iklan-Iklan ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment