...dapatkan bantuan...
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang telah membuka satu Pusat Kecemerlangan Diri yang menyediakan PERKHIDMATAN KAUNSELING dan perkhidmatan ini dikendalikan oleh kaunselor yang bertauliah.
APA ITU KAUNSELING...
Secara asasnya, kaunseling adalah satu perkhidmatan professional yang diberikan kepada klien oleh seorang kaunselor.
Ia merupakan satu proses interaksi dua hala antara klien dan kaunselor untuk memahami situasi yang dihadapinya dan dapat membantu diri individu tersebut membuat tindakan yang sewajarnya.
TUJUAN KAUNSELING...
1. Membantu mengubah tingkahlaku seseorang individu;
2. Meningkatkan kemahiran individu bagi mengendalikan kehidupan seharian;
3. Meningkatkan kemahiran individu membuat keputusan pada saat-saat penting;
4. Memperbaiki hubungan individu dengan ahli masyarakat; dan
5. Membantu mengembangkan bakat klien.
JENIS-JENIS PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN...
1. Kaunseling Individu
2. Kaunseling Kelompok
3. Kaunseling Kerjaya
4. Kaunseling Keluarga/Perkahwinan
WAKTU PERKHIDMATAN:
Hari Masa
SABTU & AHAD | 9.00 pagi hingga 2.00 petang
*Sila buat temujanji dengan menghubungi talian berikut:-
09-5165397 atau 09-5164354
No comments:
Post a Comment