~ Iklan-Iklan ~

Monday, 18 June 2012

PERHATIAN!!! kepada badan sukan di DAERAH ROMPIN...

Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS)
OBJEKTIF :
  • Merupakan satu pengiktirafan kerajaan kepada individu dan organisasi yang telah berjasa dan memberikan sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan Sukan Untuk Semua atau dikenali dengan 'Sukan Massa';
  • Sukan Untuk Semua atau Sukan Massa adalah sukan yang menjurus kepada aktiviti sukan spontan dan melibatkan penyertaan menyeluruh masyarakat dan bukan bertujuan untuk bertanding di peringkat kebangsaan dan yang lebih tinggi;
  • Aktiviti utama sukan massa adalah sukan rekreasi dan sukan kecergasan yang menjadi asas kepada pembangunan sukan di Negara ini;
  • Jenis sukan yang boleh diberi pengiktirafan ini merangkumi SUKAN KECERGASAN, SUKAN PARALIMPIK, SUKAN REKREASI, SUKAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI DAN SUKAN TRADISIONAL. Ini bermakna individu, Semua Badan Sukan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan atau pihak-pihak yang turut berjasa dan memberikan sumbangan yang cemerlang dalam bidang sukan ini layak dipertimbangkan untuk penganugerahan ini.

    KATEGORI ANUGERAH :
    1. Kategori Pemimpin Lelaki
    2. Kategori Pemimpin Wanita
    3. Kategori Persatuan Sukan
    4. Kategori Keluarga Akif
    5. Kategori Penggerak / Sukarelawan
    6. Kategori OKU Pemimpin
    7. Kategori KSK Cemerlang

      KRITERIA PENILAIAN :
      1.  Setiap calon akan dinilai oleh panel penilai berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan;
      2. Kriteria penilaian (berdasarkan sumbangan dalam aktiviti Sukan Untuk Semua sahaja) mengambil kira faktor-faktor berikut:-
        • Peringkat penglibatan calon dalam badan sukan (daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa);
        • Sumbangan calon terhadap pembangunan Sukan Untuk Semua kepada organisasi dan masyarakat;
        • keupayaan dan kecekapan calon memimpin ahli-ahli yang dipimpin;
        • Pengiktirafan yang diterima oleh calon dalam tempoh penilaian;
        • Kemampuan calon berkomunikasi dan menampilkan diri sesuai untuk dijadikan contoh yang baik kepada masyarakat.

        SYARAT-SYARAT PENCALONAN:
        1. Calon MESTILAH Warganegara Malaysia;
        2. Calon persatuan mestilah berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan;
        3. Semua calon ASUS hendaklah aktif dalam pembangunan Sukan Untuk Semua. (Aktif menyertai, menganjur dan melaksanakan aktiviti Sukan Untuk Semua sebagaimana takrifan di dalam kriteria penilaian ASUS)
        4. Penilaian ke atas pencalonan adalah berdasarkan sumbangan dan pencapaian dalam Sukan Untuk Semua Sahaja. Sukan Untuk Semua merujuk kepada aktiviti sukan dan rekreasi yang berlaku secara spontan dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih luas dan bukan semata-mata untuk pertandingan di peringkat Kebangsaan atau Antarabangsa. Penglibatan dalam sukan prestasi tinggi tidak akan dipertimbangkan.
        5. Tempoh penilaian adalam selama satu tahun (8 bulan) iaitu bermula dari Januari 2012 hingga 1 September 2012. Sumbangan dan pencapaian sebelum daripada tempoh yang dinyatakan dianggap sebagai bonus.
        6. Pemohon hendaklah menyertakan perkara-perkara berikut berserta borang permohonan :
          • Biodata / Resume lengkap;
          • Salinan Kad Pengenalan (dan salinan kad pengenalan JKM bagi calon OKU)
          • Salinan Sijil / Dokumen pencapaian
          • Surat sokongan agensi berkaitan / gambar aktiviti / sijil / poster / risalah / keratan akhbar;
          • Penyata kewangan 3 tahun terkini serta salinan pendaftaran (Kategori Persatuan / Badan Sukan)

          HADIAH DAN ANUGERAH PERINGKAT NEGERI
          1. Kategori Persatuan
            • Johan (Bantuan Aktiviti)                    - RM5,000.00
            • Naib Johan (Bantuan Aktiviti)            - RM4,000.00
            • Ketiga (Bantuan Aktiviti)                    - RM3,000.00
          2. Johan Kategori Penggerak Sukarelawan - RM2,000.00
          3. Johan Kategori Pemimpin Lelaki             - RM2,000.00
          4. Johan Kategori Pemimpin Wanita           - RM2,000.00
          5. Johan Kategori Keluarga Aktif                 - RM2,000.00
          6. Johan Kategori OKU Pemimpin               - RM2,000.00
          7. Johan Kategori KSK Cemerlang              - RM2,000.00
          Disediakan oleh;
          Unit Penggalakan, Organisasi dan Kemajuan Sukan
          Bahagian Pembangunan Sukan
          Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang


          Borang Pencalonan boleh didapati dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang atau datang sendiri ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rompin atau cetak terus dari sini (maaf borang fotostat je, xberape lawo)...













          1 comment:

          1. TOTO - Dei Titanium Fillable Combination Kit - T-Tech - TiN
            TOTO - Dei Titanium titanium ingot Fillable Combination Kit. TOTO titanium cost - Dei 2013 ford focus titanium hatchback Titanium Fillable where can i buy titanium trim Combination Kit TOTO dental implants - Dei Titanium Fillable Combination Kit.

            ReplyDelete