Salam 1Belia 1Malaysia..
Kepada belia-belia yang berminat untuk menyumbang tenaga secara sukarela, tuan/puan dijemput untuk mendaftarkan diri sebagai Sukarelawan Rakan Muda bagi menghadapi dan membantu masyarakat menangani bencana alam. Dijangkakan Daerah Rompin antara Daerah yang akan dilanda banjir yang agak besar sepertimana yang berlaku pada tahun 2007 dahulu...
So berminat? Just drop by dan emel butiran peribadi anda (nama, no.telefon, alamat dan lain-lain yang dirasakan sesuai) kepada pbsdrompin@gmail.com
Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rompin akan menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Ataupun, sila ke http://interaktif.kbs.gov.my/E-BELIA mendaftarkan maklumat diri anda ke dalam Pangkalan Data Maklumat Belia. Anda akan menjadi kumpulan terawal mengetahui makluman berkaitan peluang melanjutkan pelajaran di Institusi di bawah Kementerian Belia dan Sukan [KBS] serta anda berpeluang menerima jemputan menyertai Program-Program KBS yang berhampiran dengan alamat anda dan juga mungkin berpeluang mendapat maklumat berkaitan Pembangunan Ekonomi Belia.
Wassalam....
No comments:
Post a Comment