~ Iklan-Iklan ~

Friday, 16 December 2011

KOMPLEKS RAKAN MUDA SUKAN AIR ROMPIN (KRMSA)



Pengenalan....





  • Telah beroperasi sepenuhnya pada 15 Mac 2010;
  • Terletak di Kampung Pantai Bernas dengan jarak 25km dari bandar Kuala Rompin;
  • Berkeluasan 20ekar yang dilengkapi pelbagai kemudahan khususnya yang berkaitan aktiviti rekreasi air dan di darat;
  • Kemudahan di sini dibuka kepada awam khususnya belia, masyarakat setempat, persatuan, Agensi Kerajaan/Swasta, sekolah, IPTA, IPTS dan orang perseorangan...

Kemudahan Yang Disediakan:
Asrama untuk 100 orang
  1. 18 buah dorm (4 sharing)
  2. 10 buah bilik (twin sharing)
  3. 4 bilik tetamu (dilengkapi aircond)
Dewan Serbaguna
  1. Memuatkan 300 - perhimpunan/mesyuarat agung
  2. 6 gelanggang badminton
  3. 6 gelanggang sepak takraw
  4. 2 gelanggang bola jaring
  5. 2 gelanggang futsal
LAIN-LAIN
Kolam Latihan Skuba / Water Confident

 Dorm
 Twin Sharing
Dorm - Meja Bacaan

Twin Sharing - Meja Bacaan
 Tandas Asrama
 Floating Jetty & Pontoon
 Pejabat Utama
 Open Bay
 Quarters
..juga dilengkapi dengan Surau, Kafeteria, Bilik Mesyuarat serta Bilik Kuliah 











































































































































Pelbagai program boleh dilaksanakan seperti Klinik dan Ekspedisi Kayak, Perkhemahan dan Kursus Rekreasi, Abseiling dan aktiviti bertali, Jungle Tracking dan aktiviti ikhtiar hidup, Klinik dan Pertandingan Badminton, Sepaktakraw, Bolajaring, Futsal dan Pingpong, Night Walk dan Solo Drop, Fire Camp, serta BBQ. Anda juga boleh melaksanakan pelbagai aktiviti lain yang bersesuaian dengan KRMSA..
Kadar Sewaan:
Asrama (seorang/hari) : Bilik Tetamu         = RM20.00
                                  : Bilik Twin Sharing = RM10.00
                                  : Dorm                    = RM7.00
                                   *tidak termasuk bayaran dobi (jika perlu)
Dewan / Pentas          : RM30.00/jam atau RM300.00/hari
Bilik Mesyuarat          : RM20.00/jam
Bilik Kuliah                : RM20.00/jam
Gelanggang                : Futsal                    = RM15.00/jam atau RM100.00/hari
                                 : Sepaktakraw         = RM8.00
                                 : Badminton             = RM8.00
                                 : Ping pong              = RM5.00
*********
UNTUK TEMPAHAN DAN SEBARANG PERTANYAAN, HUBUNGI :

Pengurus
Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin, Kg. Pantai Bernas, 26800 Kuala Rompin.
No. Telefon : 094120458 No. Fax : 094120457



Sunday, 11 December 2011

Persediaan Menghadapi Banjir

Salam 1Belia 1Malaysia..

Kepada belia-belia yang berminat untuk menyumbang tenaga secara sukarela, tuan/puan dijemput untuk mendaftarkan diri sebagai Sukarelawan Rakan Muda bagi menghadapi dan membantu masyarakat menangani bencana alam. Dijangkakan Daerah Rompin antara Daerah yang akan dilanda banjir yang agak besar sepertimana yang berlaku pada tahun 2007 dahulu...

So berminat? Just drop by dan emel butiran peribadi anda (nama, no.telefon, alamat dan lain-lain yang dirasakan sesuai) kepada pbsdrompin@gmail.com

Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rompin akan menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ataupun, sila ke http://interaktif.kbs.gov.my/E-BELIA mendaftarkan maklumat diri anda ke dalam Pangkalan Data Maklumat Belia. Anda akan menjadi kumpulan terawal mengetahui makluman berkaitan peluang melanjutkan pelajaran di Institusi di bawah Kementerian Belia dan Sukan [KBS] serta anda berpeluang menerima jemputan menyertai Program-Program KBS yang berhampiran dengan alamat anda dan juga mungkin berpeluang mendapat maklumat berkaitan Pembangunan Ekonomi Belia.


Wassalam....