~ Iklan-Iklan ~

Friday, 16 December 2011

KOMPLEKS RAKAN MUDA SUKAN AIR ROMPIN (KRMSA)



Pengenalan....





  • Telah beroperasi sepenuhnya pada 15 Mac 2010;
  • Terletak di Kampung Pantai Bernas dengan jarak 25km dari bandar Kuala Rompin;
  • Berkeluasan 20ekar yang dilengkapi pelbagai kemudahan khususnya yang berkaitan aktiviti rekreasi air dan di darat;
  • Kemudahan di sini dibuka kepada awam khususnya belia, masyarakat setempat, persatuan, Agensi Kerajaan/Swasta, sekolah, IPTA, IPTS dan orang perseorangan...

Kemudahan Yang Disediakan:
Asrama untuk 100 orang
  1. 18 buah dorm (4 sharing)
  2. 10 buah bilik (twin sharing)
  3. 4 bilik tetamu (dilengkapi aircond)
Dewan Serbaguna
  1. Memuatkan 300 - perhimpunan/mesyuarat agung
  2. 6 gelanggang badminton
  3. 6 gelanggang sepak takraw
  4. 2 gelanggang bola jaring
  5. 2 gelanggang futsal
LAIN-LAIN
Kolam Latihan Skuba / Water Confident

 Dorm
 Twin Sharing
Dorm - Meja Bacaan

Twin Sharing - Meja Bacaan
 Tandas Asrama
 Floating Jetty & Pontoon
 Pejabat Utama
 Open Bay
 Quarters
..juga dilengkapi dengan Surau, Kafeteria, Bilik Mesyuarat serta Bilik Kuliah 











































































































































Pelbagai program boleh dilaksanakan seperti Klinik dan Ekspedisi Kayak, Perkhemahan dan Kursus Rekreasi, Abseiling dan aktiviti bertali, Jungle Tracking dan aktiviti ikhtiar hidup, Klinik dan Pertandingan Badminton, Sepaktakraw, Bolajaring, Futsal dan Pingpong, Night Walk dan Solo Drop, Fire Camp, serta BBQ. Anda juga boleh melaksanakan pelbagai aktiviti lain yang bersesuaian dengan KRMSA..
Kadar Sewaan:
Asrama (seorang/hari) : Bilik Tetamu         = RM20.00
                                  : Bilik Twin Sharing = RM10.00
                                  : Dorm                    = RM7.00
                                   *tidak termasuk bayaran dobi (jika perlu)
Dewan / Pentas          : RM30.00/jam atau RM300.00/hari
Bilik Mesyuarat          : RM20.00/jam
Bilik Kuliah                : RM20.00/jam
Gelanggang                : Futsal                    = RM15.00/jam atau RM100.00/hari
                                 : Sepaktakraw         = RM8.00
                                 : Badminton             = RM8.00
                                 : Ping pong              = RM5.00
*********
UNTUK TEMPAHAN DAN SEBARANG PERTANYAAN, HUBUNGI :

Pengurus
Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin, Kg. Pantai Bernas, 26800 Kuala Rompin.
No. Telefon : 094120458 No. Fax : 094120457



Sunday, 11 December 2011

Persediaan Menghadapi Banjir

Salam 1Belia 1Malaysia..

Kepada belia-belia yang berminat untuk menyumbang tenaga secara sukarela, tuan/puan dijemput untuk mendaftarkan diri sebagai Sukarelawan Rakan Muda bagi menghadapi dan membantu masyarakat menangani bencana alam. Dijangkakan Daerah Rompin antara Daerah yang akan dilanda banjir yang agak besar sepertimana yang berlaku pada tahun 2007 dahulu...

So berminat? Just drop by dan emel butiran peribadi anda (nama, no.telefon, alamat dan lain-lain yang dirasakan sesuai) kepada pbsdrompin@gmail.com

Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rompin akan menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ataupun, sila ke http://interaktif.kbs.gov.my/E-BELIA mendaftarkan maklumat diri anda ke dalam Pangkalan Data Maklumat Belia. Anda akan menjadi kumpulan terawal mengetahui makluman berkaitan peluang melanjutkan pelajaran di Institusi di bawah Kementerian Belia dan Sukan [KBS] serta anda berpeluang menerima jemputan menyertai Program-Program KBS yang berhampiran dengan alamat anda dan juga mungkin berpeluang mendapat maklumat berkaitan Pembangunan Ekonomi Belia.


Wassalam....

Saturday, 26 November 2011

Jom Sertai Rompin Drag Challenge 2011 - Round 2


Rompin Drag Challenge (Round 2)
___________________________________________________________

ANJURAN BERSAMA
PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH ROMPIN + KELAB PERTS MOTORSPORT, ROMPIN

TARIKH : 26 NOV 2011 ~ 27 NOV 2011
TEMPAT : TAPAK PERLUMBAAN, PUSAT GIAT MARA ROMPIN
MASA : 8.00 PG - 6.00 PTG

26 November 2011 (Motosikal)
- <125cc 4STROKE
- 125 STD BODY
- RXZ STD BODY
- <150cc BODY & EXHAUST STD
- <150cc OPEN
*pendaftaran RM130 + T-SHIRT

27 November 2011 (Kereta)
- K-CAR
- N/A <2000cc
- MIVEC, S/CHARGE & VTEC (Fully Piping, OTR & Rear Brake)
- MIVEC, S/CHARGE & VTEC (OPEN)
- 2WD TURBO
*pendaftaran RM200 + T-SHIRT

HADIAH
Motosikal
1st - RM700 + Trofi
2nd - RM500 + Trofi
3rd - RM300 + Trofi
4th - Trofi

Kereta
1st - RM1000 + Trofi
2nd - RM600 + Trofi
3rd - RM400 + Trofi
4th - Trofi



DATANGLAH BERAMAI-RAMAI!!!!!





Wednesday, 23 November 2011

Percubaan...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Hopefully this trial and error effort to create a blog for our office will be accomplished with flying colours.. testing...testingggg....Salam 1Belia 1Malaysia..





Thanks...

Salam Perkenalan

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi...


So, hari ni saya nak buat sedikit 'introduction' a.k.a sesi perkenalan para pembaca dengan staff-staff di sini... :)


PEGAWAI BELIA DAN SUKAN DAERAH ROMPIN
Puan Rozita binti Barudin


PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN DAERAH ROMPIN
 Encik Faizzudin bin Ali

PEMBANTU PEGAWAI BELIA DAN SUKAN DAERAH ROMPIN
Puan Rosliza binti Manap


PEMBANTU PEGAWAI BELIA DAN SUKAN DAERAH ROMPIN
Cik Norul Ain binti Kamar Zaman


PENYELIA PUSAT SIBER RAKAN MUDA ROMPIN
Encik Mohd Syukri bin Mohd Nor


PEMBANTU TADBIR
Puan Hajjah Mastura binti Abu Bakar




Untuk makluman semua juga, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rompin berkongsi pejabat operasinya bersama-sama pihak pengurusan Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin yang terletak di Kampung Pantai Bernas, berdekatan dengan Lanjut Golden Beach & Golf Resort. Next update nanti saya akan ceritakan juga mengenai Kompleks Rakan Muda Sukan Air tersebut beserta kemudahan, kadar harga, aktiviti-aktiviti dan gambar-gambar ye...


Sekian sahaja buat masa ini...Assalamualaikum dan salam sejahtera...

trial & error

bismillahirrahmanirrahim.. hopefully blog ni 'menjadi' la hendaknya even tanpa sebarang panduan dan pembelajaran..huhu...




Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rompin

Beralamat di :
Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin, Kampung Pantai Bernas, 26800 Kuala Rompin, Pahang

No. Telefon :
09-4120458

No. Faks :
09-4120457